Monday, January 25, 2010

Korea Utara

Korea Utara menjadi tumpuan dunia kerana telah melancarkan ujian nuklear. Namun, tidak banyak yang diketahui tentang negara komunis itu kerana ia memencilkan diri daripada masyarakat antarabangsa. Seorang anak Singapura berkesempatan melawat negara itu tahun lalu. Pengalaman beliau mungkin dapat memberi sedikit pemahaman mengapa negara itu memutuskan untuk menjadi negara nuklear.

Oleh:
Mohamed Abdullah

SUKAR bagi seseorang meramalkan apa yang boleh dijangka daripada lawatan ke Korea Utara.

Persiapan paling rapi yang boleh dilakukan ialah dengan membaca sebanyak mungkin mengenainya.

Sedikit demi sedikit anda mula mendapat gambaran tentang negara ini. Saya melawat Pyongyang pada Mac tahun lalu.

Tujuan utama saya ke sana ialah untuk membuat liputan bagi perlawanan pertama Korea Utara dengan Bahrain dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2006.

Semangat warga Korea ketika itu tinggi.

Meskipun tewas 1-2 di tangan Jepun dalam perlawanan pembukaan, mereka menerima pujian dunia hasil persembahan memberangsangkan.

Kemenangan menentang Bahrain akan meletakkan mereka dalam kedudukan baik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.

Melebihi itu, perlawanan Korea Utara menentang Bahrain itu amat bersejarah.

Ia merupakan kali pertama tayangan langsung disiarkan menerusi satelit dari Pyongyang. Mungkinkah, secara perlahan-lahan, Korea Utara mula membuka pintunya kepada dunia?

Semasa membuat persiapan bagi lawatan itu, saya cepat sedar bahawa segala-galanya di Korea Utara berkisar kepada pemimpin agung mereka, Kim Il-Sung, yang meninggal dunia dalam 1994.

Nama beliau bererti 'matahari'.

Tahun dalam kalendar Korea Utara bermula pada hari kelahiran beliau.

Menaiki pesawat ke Korea Utara juga merupakan pengalaman unik.

Tiada penerbangan langsung dari Singapura ke negara itu.

Justeru, saya perlu ke Beijing, China, dan kemudian ke Pyongyang.

Penerbangan masuk dan keluar dari Pyongyang hanya tersedia pada dinihari setiap Selasa dan Sabtu.

Pesawat kebangsaan Korea Utara ialah Air Koryo.

Menaiki pesawat itu sendiri merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ia merupakan pesawat jenis lama Soviet dengan tempat duduk yang hanya setakat memainkan peranan sebagai pengalas punggung penumpang.

Bagi saya, ia ibarat memasuki sebuah kapsul masa yang membawa saya kembali ke era 1970-an.

Sebelum menaiki pesawat, kami disuruh mematikan telefon bimbit.

Setelah melakukan demikian, saya sedar saya tidak akan melihat telefon bimbit saya itu lagi selama hampir seminggu.

Ini kerana semua telefon bimbit, radio, buku dan bahan lain yang dilihat sebagai mampu 'merosakkan' minda warga Korea Utara mesti diserahkan di lapangan terbang Pyongyang.

Perjalanan dari Beijing ke Pyongyang memakan masa 90 minit.

Namun, bagi saya ia ibarat seumur hidup.

Satu-satunya hiburan di dalam pesawat ialah sistem hubungan awam yang memainkan lagu-lagu mengagungkan sumbangan Kim.

Selamat datang ke Korea Utara! Saya me nginap di Hotel Potonggang - satu-satunya hotel di Korea Utara yang menayangkan saluran antarabangsa, sekali gus memastikan saya terselamat daripada kebosanan yang membuntukan.

Selain daripada menonton televisyen, tiada apa yang boleh dilakukan warga asing di situ.

Jalan-jalan raya begitu gelap pada waktu malam.

Saya diberitahu ia bagi memastikan tidak banyak kegiatan yang boleh dilakukan selepas matahari terbenam.

Jika anda tidak suka menonton televisyen, anda boleh memilih koleksi buku-buku dalam bahasa Inggeris mengenai pemimpin agung itu dan bayangkan bagaimana beliau mampu memencilkan Korea Utara daripada dunia.

Ada sebuah buku yang menarik perhatian saya: Kim Il-Sung - The Great Man of the Century (Kim Il-Sung - Pemimpin Agung Abad Ini).

Menjelang perlawanan itu, saya dapati layanan rakyat Korea Utara begitu mesra.

Mereka nampak gembira menerima kunjungan saya dan saya mampu meneroka Pyongyang bersama kru penggambaran dengan mudah.

Antaranya, kami mampu merakamkan Menara Juche - sebuah lambang berdikari Korea yang dibina dalam 1982.

Setiap batu yang digunakan untuk membina menara itu melambangkan sehari dalam hidup Kim Il-Sung.

Kemudian, kami dibawa melihat patung Kim sendiri.

Perasaan melihat patung itu sukar saya gambarkan.

Selepas empat hari di Pyongyang, segalanya berjalan lancar. Namun, baru sahaja saya mula mesra dengan hos saya, segalanya berubah selepas perlawanan tersebut.

Lebih 55,000 warga Pyongyang membanjiri Stadium Kim Il Sung hanya untuk melihat pasukan mereka tewas 1-2 kepada Bahrain.

Ia merupakan perlawanan yang panas ba ran dengan Korea Utara dan penyokong mereka sentiasa menentang keputusan pengadil. Selepas perlawanan itu, saya dan kru terus di hantar pulang ke hotel.

Senyuman dan kemesraan yang kami rasakan sebelum perlawanan itu sudah tiada lagi.

Tiba-tiba, kelakuan mereka seolah-olah mereka tidak mengenali kami. Bahkan mereka melayan kami ibarat musuh.

Keesokan harinya, janji hendak membawa kami ke Makam Kim Il-Sung dibatalkan.

Sebaliknya kami dibawa terus ke lapangan terbang.

Saya cuba berbual-bual dengan hos saya tadi tetapi saya tidak dilayan.

Setibanya di lapangan terbang, sebelum memasuki ruang pelepasan, hos saya tadi tiba-tiba bersuara:

'Awak tahu, kami cuba menerima orang luar meskipun mereka tidak istimewa seperti kami. Tapi apa yang berlaku? Kamu semua menipu dan menafikan apa yang sepatutnya milik kami. Kami lebih baik daripada Bahrain dan seharusnya memenangani perlawanan semalam.'

Saya terpaku, tidak mampu memberi jawapan.

Mungkin pada saat itu membisu adalah pilihan terbaik.

Kini, setiap kali saya menatap visa Korea Utara yang terlekat di pasport saya, ia benar-benar 'keajaiban kesembilan dunia' - bagaimana negara itu boleh wujud sebegitu cara.

Bagaimana sebuah masyarakat boleh memencilkan dirinya dalam era moden ini? Apa yang dilakukan Kim Il-Sung tidak mungkin dapat ditandingi.

Beliau berjaya menaikkan martabatnya ke status Tuhan di mata rakyatnya dan mempengaruhi mereka dengan ideologi yang tidak masuk akal kepada warga dunia.

Bagaimana anda memahami seseorang seperti itu? Bagaimana anda mahu berunding dengan mereka?


Nota: Penulis seorang penerbit bersekutu bagi rancangan televisyen serantau, Football Asia
(resource: forum cari)

wawa: aku suke article ni sbb aku kagum giler dgn korea utara nie....x sangke wujud lagi negara camni dlm dunia ni kan....ish ish ish....mesti diorang x leh bace blog aku....facebook pun xleh kan....huhuhuhuhuhuuuu

2 comments:

Mysarah Rahman said...

macam kagum giler aku rase bila baca artikel nih. serius ker ada lagi negara macam ni? pernah dilaporkan ker?

wawa bestzz said...

menurut article tu camtu la korea utara...dan secara logik pun mmg camtu....kte jarang kan dgr pasal korea utara kecuali pasal nuklear test tu.....movie die pun xde, drama die pun x gah cam korea selatan, sport pun xpnh kut kat korea utara....logik kut negara die camtu....gile kagum kan!!!de sedikit gamba, nnti aku tepek...